Saturday, May 2, 2009

Night life...full with smoke...















Keluar malam bukanlah satu menda yang aku suka buat. Dah penat keja nak keluar melepak pulak memang agak susah tapi kalu tak lepak macam takda life pulak. Semalam geng GSC terdiri daripada (awat formal semacam ja ni?) bebudak Consessions (jual benda makan) ngan Stewards (tukang koyak tiket/bukak pintu hall) ajak lepak. Aku pun tak mau lepas terus join. Ni gambaq kat sebelah ni sebelum kami gi lepak. (Sila klik gambar untuk lebih jelas). Macam-macam posing dok ada. Seperti hangpa boleh tengok ada nama sekali. Minat kontek aku...heheh...


Dah punch-out kul 2 pagi lebih (dable pay bebeh ari nih!!) kami trus gi lepak. Ni antara kronologi malam/pagi tuh:

2.15 am: Usaha memujuk Yusri untuk join kami tak berjaya walaupun dikutuk "tak bercampoq ngan orang" oleh Fadzil. Aku sebelum balik ada gak try tapi Yusri tetap tak mau...

2.30 am: Kami satu konvoi semasa lalu USM ternampak 2 orang gadis termangu-mangu start moto. Fadzil sanggup patah balik nak tolong tetiba depa dah start moto pastu trus blah. Sangap encik Fadzil kita tuan-tuan. Ada sorang brader berenti depan kami (nak tolong jugak la kot) tapi last-last dia blah bagi kami makan asap. Cis!! Tau la moto kami takda asap. Kalu tak...

3.00 pagi: Sampai kat Kassim Mustafa. Dah lapaq gila nih (lapaq ja, tak gila) kami ramai-ramai serbu kaunter mintak nasik. Aku yang baru dapat gaji (heheh) melantak nasik minyak ngan ayam tandoori. Campur teh O RM7 sahaja. Sahaja! Abis duit aku... Dah abis makan tetiba Subhan (takda dalam gambar) mengadu nak memerut. Dia pun balik untuk tunaikan kewajipan. Tinggal kami seperti dalam gambar...

3.35 am: Dah full kami berangkat tinggalkan Kassim Mustafa untuk lepak kat Gurney Drive (lepak tepi laut ja). Masa kami lalu satu area clubbing (tak ingat nama jalan tu) lagi tetiba moto Afiq ngan Zuhairi dihimpit rapat oleh satu kapel naik Kancil. Aku shock la sat. Keta tu then blah macam tu ja. Menurut Fadzil keta tu marah sebab Afiq makan jalan depa. Aku pun tak berapa perasan. Move on shall we?















3.40 am: Kami sampai kat Gurney. Dah nak landing tetiba ujan pulak. Kami kena la retreat kat McD bawah Sunrise Tower. Sambil tunggu ujan berenti sempat la isap udara tercemar ngan posing untuk tatapan. Sila rujuk gambar lagi sekali. Dah puas kami masuk McD main kad terup (aku tak reti, mula nengok je). Gelak sakan sampai aku naik letih dengan depa nih.

5.00 am: Dah puas gelak sama-sama kami pun berangkat pulang. Sebelum balik tu sempat la round-round area town. Aku dah nak terkucil nih. Kena tahan sampai balik umah. Seksa.

5.30am: Sampai dah umah. Well cambest jugak lepak ramai-ramai. Tapi letih jangan kira la. Kena tahan bladder lagi satu. Another round of lepak? I'm on it!!

No comments:

Post a Comment

Say what?