Friday, July 24, 2009

Never been done before...

Minggu ni adalah antara minggu yang paling teruk yang aku penah alami. Terus-terang memang nak aje aku larikan diri daripada masalah yang asyik menghentam kepala otak aku ni. Tapi aku pegi mana pun masalah tu tetap tak selesai.

Salah sorang kawan baik aku iaitu moto aku jatuh sakit baru-baru ni. Aku dah habis banyak kat dier, pastu Selasa ni kena gi Modenas Shah Alam nak sahkan kesihatan moto aku tu. Risau abis aku. Dahla jauh amat, ntah brapa pulak kena kalu nak repair kali ni. Aku memang tak reti nak duduk diam, kalu kat Penang pun abis satu pulau aku keliling kalu ade free time. Jadi apatah lagi KL yang ade banyak giler tempat menarik lagi mengabihkan wang aku...

Sekarang ni aku ada kat hostel, sebab moto aku tu dinasihatkan tidak berjalan jauh untuk sementara waktu. Aku berdoa agar moto aku tu sihat la untuk dibawa ke Shah Alam ari Selasa ni. Tak penah aku ade kat hostel ari Jumaat. Macam pelik...tapi wat biasa la...tapi tetap feeling luar biasa...

Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran dalam diri hambaMu ini...sesungguhnya setiap masalah adalah ujianMu bagi menguji sejauh mana iman hamba-hambaMu...

Sabar jela yob...

p/s: Tengah praktis lagu untuk nyanyi kat Bala Isnin ni...hmm...takde feeling nak nyanyi la...

No comments:

Post a Comment

Say what?