Wednesday, July 29, 2009

Bila manusia tak sedar diri...

Sepatutnya blog entry kali ni aku ceritakan pasal sesi nyanyian ngan Mr. Bala. Salah sorang pengikut blog aku si Qasieh siap mintak gamba close-up si Bala lagi tuh. Minat ke? Heheh. Tapi apakan daya, aku terpaksa tangguhkan pasal Bala demi satu kejadian yang amat memalukan manusia yang tinggal sekali kat Kondo Sentul Utama nih...

Aku dah lama dok area KL ni, jadi memang dah biasa yang manusia kat sini ade yang open tapi ada jugak yang closed minded. Yang closed minded ni la yang jadi penyebab kenapa kami yang dok hostel jadi tak tentu arah sekarang ni. Ceritanya camni...

Kat hostel ni ramai budak-budak KLMU dan ade gak budak kolej lain (berSEGI kolej antaranya) dan biasala budak-budak muda nak melepak kat tepi kolam renang tahap Olimpik (tapi student tak leh wat pape kat kolam tu) sampai larut malam. Tapi residen kat sini sumanya tak sedar diri, melepak camtu pun tak boleh. Aku bila tau ada peraturan baru camtu, aku dah stat garu kepala. Abis tu masa diorang muda-muda dulu tak penah lepak ke? Ni KL beb, bukan kampung atau estet tempat diorang datang. Dan selepas tu ada je menda yang kami takleh wat. Sebenarnye ada banyak citer aku denga dan paling terbaru, sume budak laki kat sini kene pindah gi hostel kat Kepong.

Bapak gila jauh! Naik moto pun dekat setengah jam baru sampai kolej, kalu naik komuter nak jalan jauh, pastu kena bayar 2 way. Denga RM4 two way. Sehari RM4? Gila babi apa...

Sekarang ni apa yang aku tak faham knapa residen kat sini closed minded sangat? Bukan suma student jahat, ada sesetengah ja. Tapi dicop suma jahat. Langsung tak sedar diri. Dan student ni plak bodo, bunyi ja blaja universiti, tapi dah marah dicontengnya dinding kayu lift dengan perkataan-perkataan maki hamun. Apekah bodoh diorang ni? Memang tak syak lagi...

Kalu nak diikutkan dua-dua pihak salah, tapi kami tak wat pape ni la tanggung akibatnya. Haih, lepas satu masalah, datang lagi satu. Redha jelah. Wat kawan-kawan yang sama status ngan aku sabar la ek. We're in this together.

United we stand!!!

(Macam nak gi perang dah...)

P/S: Sesape (especially gadis-gadis) yang suka kacau rumahtangga atau relationship kawan-kawan aku tolongla bertaubat. Bukan takde laki lain dalam donia nih. Dan yang terhegeh-hegeh kat jantan (u noe who u are) bawak-bawak jugak bertaubat. Ko tu bukan lawa sangat pun, cukupla ko rosakkan relationship besfren aku. Tak masuk syurga kalu orang tu tak maafkan dosa kau. Mind.

1 comment:

Say what?