Saturday, July 11, 2009

Denga sikit-sikit udeh...

Malam Khamis lalu aku tengah menyiapkan assignment yang agak bertimbun itu. Tengah naip apa itu epic, si Amirul Jehan tetiba muncul kat umah sewa lama aku tu. Pelik gak, nape tetiba dia datang ni...selalu takde pun...

Jehan, awat ang mai sini?


Dia pun jawabla..

Abang aku (rekaan semata-mata) mai UNISEL malam ni, Anwar Ibrahim...

Aku pun baru teingat yang pemimpin yang kontroversi Anwar Ibrahim nak datang UNISEL untuk wat ceramah. Bukan ceramah politik tapi ceramah motivasi...yelah tu...

Aku memang meluat politik ni. Cakap berapi, pastu habuk pun tarak. Tak abis-abis yakinkan rakyat diorang la best, sempoi etc tapi dalam parlimen gaduh macam budak kecik, lawan raja pastu sapa yang terkena? Rakyat jugak...

Aku kalu diikutkan memang malas nak gi ceramah tu tapi aku teringin gak nak dengar ape orang kampung aku ni nak cakap. Yelah, tajuk pidato kepimpinan, takde langsung politik dalam tajuk tu, jadi aku nak tengok sejauh mana kebenaran tajuk tu...

Sebelum Anwar sampai, adela skit-skit ceramah pembukaan dari ahli-ahli pembangkang seperti DUN Balik Pulau etc. Ramai orang kampung aku kat UNISEL malam ni. Dah ada baur-baur politik dalam ceramah diorang. Aku mula rasa tak selesa. Dan bila Anwar sampai, crowd jadi havoc. Biasala, bukan senang nak jumpa Anwar Ibrahim. Kalu artis senangla jumpa kat KL ni. Ko pegi je KLCC, Pavilion atau 1 Utama, sure nampak sekor dua...anyway...

Bila Anwar bercakap, aku rasa ade kebenarannya. Aku cuba untuk positifkan otak aku ni supaya jangan ingat ceramah ni pasal politik je. Tapi apakan daya, contoh yang diberikan sering ada ja disebut "si anu", "menteri ni" dan sebagainya. Memang aku dah agak ceramah ni serampang dua mata, politik satu dan "motivasi" satu. Takleh punye nak betul-betul ceramah pasal kepimpinan, mesti ada contoh politik punye...

Dan bila ada sesi soal-jawab, ada sorang mamat ni tanye pasal komen Anwar pasal ahli lompat parti. Jadi apa lagi tuan-tuan, terus laju je jawapannye politik aje. Nama-nama ahli politik ramai disebut, pastu dah terus hilang tujuan sebenar ceramah ni...mungkin ni la tajuk sebenar ceramah ni...macam mula-mula aku agak...

Aku sebenarnye malas nak komen pasal ceramah ni. Kite sume tahu tujuan sebenar ceramah ni diadakan. Aku pun awal-awal dah tau. Bagi aku amik ape yang bole aku terima, yang politik haram jadah tu aku langsung takmo denga. Propaganda sume tu. Aku rejek terus. No layan...

Oh ye, selamat hari jadi adik aku Zuhairi. Dah 18 tahun hang noo...sekarang ni amik Akaun kat Politeknik Seberang Perai Penang. Blaja rajin-rajin. Duit tu kalu short jugak tak tau aku nak komen, dah amik Akaun kan...hehehe...Present nanti la aku bagi. Aite?

No comments:

Post a Comment

Say what?