Friday, August 7, 2009

Ah brape? Nak amik...

Lagi sekali post pasal duit. Bila dok KL ni baru la aku perasan sebenarnya orang Malaysia ni kaya-raya. Masa aku dok Penang jarang gila aku nampak keta mewah yang ada dalam majalah Autocar yang aku dok baca tetiap bulan. Aku naik pelik bila ada brand-brand yang mahal tahap gaban dijual kat Malaysia macam Maserati ngan Bentley.

Harga keta Bentley adala dalam sejuta ringgit satu, pastu campur cukai ngan insurans etc dah dekat RM2 million. Tak ke korang rasa manusia yang bole beli menda-menda camni memang tak merasa pening susah nak cari duit? Gambar kat atas ni adalah salah satu kereta mewah yang orang KL ramai dok pakai selain daripada keta faveret aku Porsche Cayenne iaitu Mercedez Benz CLS 55 AMG. Keta ni tak dijual secara rasmi kat Malaysia oleh Mercedez Benz Malaysia dan memang dah sah keta ni diimport dari luar. Harga keta ni aku agak-agak dalam rm1.5 juta atas jalan. Agak-agak cemana la tuan keta ni nak baya bulan-bulan ye? Berapa agaknya? Downpayment? Insurans lagik?

Bila la aku nak kaya? Dok berhutang ja keja...haih...

3 comments:

  1. Merc ni stendet la bhai...
    ada aku nampak ferrari dgn lamborghini kat mesia,
    lg mahal bhai.. dua2 kete tu dkt 3 juta woo..

    ReplyDelete
  2. yela stendet...tapi keta ni mmg common kalu dibandingkan ngan lambo ngan ferrari tuh...sbb tu aku ckp keta rm1.5 juta ni org selalu pakai...dan cemana tuannye baya...tu je...hehe...neway ko kaye ke?

    ReplyDelete
  3. kaya duit tu idak ler..
    tp kaya budi tu, ada la.. hahahaa..

    ReplyDelete

Say what?