Sunday, April 12, 2009

Erm...apa aku nak jawab nih?!

Semalam aku ada YM ngan kawan baik aku si Fatma Shada. Dengarnye dia baru balik Mid Valley, letih la beb. Tapi takpa la kot, nak YM ja pun, tak payah pakai kaki atau anggota badan yang lain untuk menaip. Si Fatma ni salah seorang pengikut AF dan memandangkan aku ni memang meluat AF, aku pun sindir la Fatma skit (skit je, kalu tak mau dia takmo kawan ngan aku dah).

Tapi Fatma pulak sindir aku dengan soalan yang agak pedih...


"Kenapa ye kalu pape je industri hiburan Malaysia hang anti sangat?"
Adus...aku dah agak soklan ni mesti terkeluar punya. Haha, macam la aku ni orang asing. Korang nak tau apa sebab aku? Well, ni jawapan aku...


"Bagi aku kalu nak meniru biarlah menepati standard rancangan original yang ditiru."


Aku ada sebab untuk tidak menyukai sesuatu. Kita manusia ada pilihan kan? Bagi aku kita rakyat Malaysia ni perlu ada standard sendiri untuk sesuatu. Kita tak boleh terima semua dari luar bulat-bulat. Dan meniru tu dah memang lumrah hidup. Korang penah tengok kan Sehati Berdansa? Rancangan tu dicedok dari Dancing With The Stars, keluaran US (dari mana lagi nak cedok kan?). Korang cuba bandingkan kualiti menari kita ngan diorang.



Kita punya Sehati Berdansa...



Diorang punya Dancing With The Stars...

Apa pendapat korang? Dah terang-terangan dah. Bagi aku senang ja, kalau diorang boleh, kenapa kita tak boleh? Apa sebab kita tak boleh buat yang bagus macam diorang? Itu ja soklan aku. Ada sesapa boleh jawab? Aku cukup tak suka bila kita meniru tapi tahap "boleh la tu" atau "jadila dari takda langsung". Baik tak payah buat kalu tak mampu buat yang terbaik.

Aku rasa kita boleh cipta sendiri rancangan kita, dari asyik cedok dari luar. Korang ingat Sinaran Pasport Kegemilangan? Bagi aku tu amat bagus. Format kita sendiri. Baru original beb.

1 comment:

Say what?