Saturday, December 5, 2009

Ini biasa...

Aku kembali menganggur. Ape jadi? Aku dah gaduh ngan bos aku la. Sebenarnya dari hari pertama aku keja dah aku tak tahan ngan perangai dia ni. Hipokrit la aku kalu aku angguk je tiap kali mamat tu menyalahkan aku atas menda-menda yang kecik. Aku memang selalu cakap depan-depan dan teramat la jarang aku senbunyikan apa yang aku rasa. Tapi untuk masa depan aku terpaksa diam dan angguk je kalu kena marah walaupun aku tak tau. Hari Khamis lepas aku dah tak tahan. Terus-terang je aku cakap ngan dier, pastu angkat beg dan blah. Tapi kira aku keje la aritu sebab aku blah pun dah pukul 5 lebih.

Setiap orang ada had. Untuk semua benda. Jadi tahap sabar aku dah sampai. Bole kira lama jugakla aku tahan. Dekat 2 bulan. Haha, mungkin korang rasa pendek je masa tu tapi hanya Allah je tau seksa keja ni. Lagi satu sebab aku tahan kerana aku nak buktikan yang orang Melayu bole keje kat tahap tinggi. Kat ofis tu berapa ekor la sangat Melayu, apatah lagi carta organisasi. Melayu bole kata ramai keja kuli je. Jadi aku rasa aku adalah salah sorang wakil orang Melayu kat ofis tu.

Tapi apakan daya, aku memang tak bahagia keja kat situ. Semuanya sebab ex-boss aku la. Kerana dia sorang aku kene berenti. Berbaloi ke? Mestila, sebab dengan dia la aku nak mengadap tiap-tiap hari. Aku memang cemburu tengok orang lain seronok keja. Aku ni tak abis-abis kene bambu. Naik tensen la kalu hari-hari kena.

Aku tau susah cari keje sekarang ni tapi nak wat cemane, dari kene marah selalu baik aku cari keje lain. Aku tak kisah ape orang nak cakap, sebab diorang tak rasa. Nak cakap aku bodo berenti ke, tak bersyukur ke lantak hangpa la. Ingat aku kisah?? Hahaha...buat masa sekarang ni kene lagi praktis interview depan cermin. Korang yang tak lagi bekerja, enjoy la hidup korang.

Buat sementara ni, aku pun enjoy la.

No comments:

Post a Comment

Say what?